Wednesday, July 21, 2010

Asam Pedas Ikan Jenahak

Masak lauk asam pedas mlm tadi..
dah lama x pekena..hmmm..sedap2..puji diri sendiri hehehe
saper2 yang teringin, sila la buat sendiri ya.
Bahan-bahan

  • 5 keping ikan Jenahak @ apa2 ikan pon boleh
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 labu bawang besar
  • 3 labu bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan - kalau suka
  • Seikat daun kesom
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Asam jawa
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara

  • Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup & belacan.
  • Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kena masak lama, kalau tak nanti tak sedap.
  • Bila dah naik minyak, masukkan air asam jawa
  • Masukkan ikan dan bendi.
  • Bubuh garam.
  • Biarkan memdidih, bila dah msak boleh la diangkat dan makan lerr..

4 comments:

izahdaut said...

bawak nasi putih nak tumpang makan asam podeh..fuhh menyala asam podeh tu..mesti botui botui podeh!!

NiezaMan said...

Izah..

Meh ler kalau nak makan..de sket lg tu.
Sebenarnya tak pedas sgt pon, guna cili kering yg besar2 tu kurang sket pedasnya..

indahhouse said...

Salam kak niezaman,
apa khabar kak? saya menjenguk blog kak ni. :)
Teringin nak asam pedas. Ikan jenahak ni, sedap ya? saya tak penah beli. nanti2 nak try ikan jenahak pulak :D

NiezaMan said...

Salam Indah
Akak baik2 je..jemput2 masuk
Ikan jenahak mmg sedap kalau nak banding dgn tenggiri
kalau kepalanya wat kari mamak style mmg ummphh...
Cuba la..akak ni kalau ari biasa masak yg simple2 je.