Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Kari Kepala Ikan

Bestnya ari ni jumaat, sok ari sabtu..cuti beb
Cuti kerja je, kerja-kerja umah tetap menanti
dengan banyaknya. tak pernah abis. Sabor je la.
Aku suka sangat makan kari..kali ni masak kari
kepala ikan merah style mamak
kawan berbangsa india yang ajar
mmg pekat & melekat
kira xpakai santan la. tapi mmg sedap
Letak sayur bendi je, tak boh terung pon
Kawan2 yang lain tak sempat posing
anak2 dah sibuk nak makan.

Wednesday, July 21, 2010

Asam Pedas Ikan Jenahak

Masak lauk asam pedas mlm tadi..
dah lama x pekena..hmmm..sedap2..puji diri sendiri hehehe
saper2 yang teringin, sila la buat sendiri ya.
Bahan-bahan

  • 5 keping ikan Jenahak @ apa2 ikan pon boleh
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 labu bawang besar
  • 3 labu bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan - kalau suka
  • Seikat daun kesom
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Asam jawa
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara

  • Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup & belacan.
  • Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kena masak lama, kalau tak nanti tak sedap.
  • Bila dah naik minyak, masukkan air asam jawa
  • Masukkan ikan dan bendi.
  • Bubuh garam.
  • Biarkan memdidih, bila dah msak boleh la diangkat dan makan lerr..