Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Friday, August 12, 2011

8 Ramadhan

Daging Goreng

Masakan ni senang, tapi menyelerakan

Tapi kena la pilih daging yang ok

kalu salah beli, liat la pulak kan

Masak campak-campak jer
Budak kecik pon pandai masak

7 Ramadhan

Masak kari kepala ikan

Kari ni fav. anak beranak

masak indian style, member kat opis yg ajar

xguna santan

Tenggelam lak kepaka ikan tu



Kari Kepala Ikan Jenahak


Bahan-bahan




  • 1 kg kepala ikan jenahak


  • 6 sudu besar kari ikan babas


  • 2 labu bawang besar - dimayang


  • 3 ulas bawang kecil - dimayang


  • 1 inci halia - dimayang


  • 1 peket kecil rempah campur


  • 1 biji tomato


  • Asam jawa


  • Bendi


  • Terung


  • Daun kari


  • Minyak masak untuk menumis


  • Garam

Cara-cara




  • Panaskan minyak dan tumiskan rempah campur, bila dah naik bau masukkan bahan-bahan yang dimayang dan daun kari.


  • Masukkan rempah kari dan tomato yang dibelah dulu, kalau nak pekat, lebihkan sikit serbuk kari tu. Tujuan letak tomato juga adalah untuk pekatkan kuah.


  • Bila dah pecah minyak, masukkan air sedikit. klau nak masukkan terung, masukkan sekarang.


  • Bila terung dah 3/4 masak, masukkan ikan dan bendi.


  • Last sekali masukkan air asam jawa & garam.


  • Selamat mencuba..



Thursday, August 11, 2011

6 Ramadhan

Saya sempat membuat bubur som-som

Dah lama tak buat

kali ni saya buat kaler hijau kerana saya blend skali daun pandan

Kalau betul2 sejuk, cantik jer potongannya

Buat pon dah agak lewat, jadi tak brape cun

tapi, rasanya tetap menten kat saya la

Resepi ni dari arwah mak



Bubur Som-som


Sumber : Niezaman


Bahan-bahan


1 cwn tepung beras


3 1/2 cwn santan


beberapa helai daun pandan


secubit garam


Cara-cara



  1. Bancuh tepung beras dengan santan & tapis

  2. Maukkan di dalam periuk

  3. Kacau sampai nampak berkilat, mcm kita buat puding jagung tu

  4. Boleh la tuang dlm bekas & tunggu betul2 sejuk. Klau nak cantik boleh bubuh dalam bekas yang kiut-kiut ya.

  5. Hidangkan bersama air gula merah ya.




Wednesday, August 10, 2011

5 Ramadhan

Buat Murtabak ni masa puasa hari ke 5

Pakai kulit popia je

Inti pakai lebihan inti karipap

dah dok bertapa dlam fridge tu
Murtabak posing..tp tak seksi pon kan..

4 Ramadhan

Sekarang ni bz jek

macam2 keje kena buat..

N3 ni pon dah basi

Puasa hari ke 4, sempat masak nasi lemak

Sambalnya
Telur mata..rebus-rebus tak main ar

Ayam goreng tepung rangup

permintaan anak-anak


Ni pinggan kita ya..makan sikit je

nak jaga badan la konon..wakaka

Thursday, August 4, 2011

3 Ramadhan

Buka puasa untuk hari ke 3

masak nasi ayam..tapi tak sempat nak amik gambar

sempat amik gambar untuk roti gulung sosej je

Kalau nak makan, bolehla picitkan cili sos & mayonis

kompom sedap

Buat Roti gulung ni sangat senang & cepat

Budak pon suka

Wednesday, August 3, 2011

2 Ramadhan

Iftar hari kedua..

sangat simple

Masak kejap jer dah siap..

Ikan bawal masak cili kering

Ikan bawal masak mcm ni feberet anak2
Telur dadar Mayonis


Tumis Kacang botol - yang ni anak dara tolong masak

Tuesday, August 2, 2011

1 Ramadhan

As salam semua

sekarang ni kena quick update

byk sangat keje..Ni la juadah berbuka puasa semalam

maklum la kita kan keje..mana sempat nak masak

macam-macam..tapi Alhamdulillah..cukup la

untuk kami sekeluarga..

Memmang kalu boleh nak elakkan membeli.

Masak sendiri lag puas.

Ayam masak kerutup

Ikan cencaru sumbat cicah dengan sambal kicap

Terung berlada..tak sempat nk pekatkan kuah tu

masa dah suntuk

Popia sira

Sekian untuk hari ni...

Pas ni hari-hari kena pikir menu untuk berbuka

Tuesday, September 7, 2010

Juadah Berbuka hari ke 27

Tercapai la hasrat nak masak nasi dagang
ni la 1st. time masak nasi dagang
so far ok la kot..
leh ar bukak kedai pas ni.hehehe
Gulai ikan tongkol
Nasi dagang
guna basmathi + pulut. ratio 3 pot beras + 1 pot pulut

Monday, September 6, 2010

Juadah berbuka puasa hari ke 25

Aduh..malasnya nak masak.
tapi nanti kalau tak masak, nak makan pe kan
so, dlm malas tu ni je la yang terhasil
Ikan siakap goreng berlada
Daging goreng kunyit + kicap sket
Bendi goreng bertelur.
sebenarnya de telur putih lebih
buat biskut, dari membazir, masuk je
dlam sayur tu. tak membazir kan

Friday, September 3, 2010

Berbuka puasa hari ke 23

Slam sume..smalam kita buka puasa dengan nasi bungkus
beli nasi kandar kat CM
memang sedap.
Tengok la nasi tu..sebantal banyaknya
makan 3 org pon kenyang
mcm berkat kenduri pon ada.
yang tu lom boh kuah lagi,
yang dah banjir dek kari, dah kena ngap la..
Cucur udang tu buat la..bukannya
susah pon
Yang ni jiran bagi.

Monday, August 30, 2010

Juadah berbuka hari ke 19

Semalam, hari minngu kami adik bradik balik kampung
saje nak buka posa ramai2
seronok sgt.
balik pagi, lepas buka posa, balik KL semula.
sempat amik rambutan & cempedak lagi,
Antara juadah yang aku sempat masak
ayam masak kicap, daging masak hitam, udang butter
sayur kobis goreng. Tu sume fav..
Air tebu & sirap cincau

Kuih ada mcm2 jenis ya..bukan buat, makcik sebelah umah tu mmg meniaga kuih, dia yang bagi.nak sikit je, mcm lak yg dia hantar.termasuk cempedak goreng
x larat nak makan sume
Yang ni spesel ya..ikan patin masak tempoyak
tapi versi bakar, aku x makan walaupon
sume ckp sedap
Anak2 dengan sepupu depa
Ni la budak yg byk request.
Nak balik dah..

Juadah berbuka hari ke 18

Salam semua..
ni la juadah berbuka hari ke 18
menu ni atas prmintaan anak2
senang sgt2. mihun sup hitam ayam
nak pedas, tambah cili thai. blajar ni dari sorang
akak tu dari siam. ar ni tak sempat nak masak byk2
sibuk siapkan tempahan kuih orang.
penat sgt2 ari ni.
Se,alam dapor kita off..bos ckp ok.
Beli nasi kandar je.
skali2 nk rasa gak yg org lain masak kan..
Ni la rupa sup hitam, aku boh leher ayam byk, masak smpai lembut
senang nak mkn.

Friday, August 27, 2010

Juadah berbuka puasa hari ke 16

Mak ai..malasnya nak masak.
maka bila dah malas..ni la kejadiannya
yang tak seberapa.
anak2 cakap ikan tu sedap la..hehehe..
ok la kan

Tomyam ayam..cuma tawar sket la
dah nama pon puasa, cmana nk rasa kan
Ikan siakap masak sesedap rasa namanya.
tapi mmg sedap la..puji sendiri la.

Thursday, August 26, 2010

Juadah berbuka hari ke 15

Hmm..makin lama, makin kering pala
pikir2 nak masak..dah tu berkejar2
nak tengok Epiloq Syurga Cinta
tu la..sape suruh tengok, kan dah
tak leh nak tinggal
Masak singgang ikan, daging goreng, ikan senangin
berlada, budu & terung. patai & solok lada pon ada
masak mcm ni pon selera..yg lemak2 dah x brape la
kecuali atas permintaan
Singgang ikan kembung


Daging goreng kunyit, tapi bila nak angkat tu
aku boh kicap sket, baru la ummphh..

Ikan senangin bersambal
Terung goreng cicah dengan budu..

Wednesday, August 25, 2010

Juadah berbuka hari ke 14

Diam tak diam dah 2 minggu kita berpuasa
idea pon dah makin kurang
nak beli, rasa x berbaloi..
masak la jugak
Menu semalam yg sgt2 simple
Ikan kembung goreng dengan bawang goreng
wangi je bawang tu

Labu kuning masak lemak kuning
Telur dadar, anak daru ku yg goreng
Sambal kering ikan bilis dengan cili api

Kuih ari ni, karipap