Friday, September 30, 2011

Aroma Seafood

Baru-baru ni kami berkesempatan pegi makan di Aroma Seafood

Agak jauh jugak la nk p, tp nk makan redah je

Dari Puchong amik masa dekat 1 jam untuk sampai sini

Skali-skali makan kat luar best gak


B4 mkn, posing-posing dulu
Monyok je muka abang Syafiq ni


Signboard kt depan

tak dpt komisyen pon..kena mintak ni

Antara seafood untuk dipilih

Bagi saya harga masih boleh diterima kalau nak

dibandingkan dengan tempat lain


Ketam black-pepper ni mmg mabelesss..terbaik

Kupang goreng bercili

Sotong goreng tepung

Ikan jenahak masak 3 rasa

Kami oder gak air buah & tomyam.

tapi tomyamnya kureng sket la

Selepas dibelasah oleh kami anak-beranak

tak baik membazir kan

Alhamdulillah.

Monday, September 5, 2011

Riang Ria Raya 2011

Setelah sekian lama menyepi & dah naik bersawang

blog ni..

Kali ni tak banyak gambar yang diambil

masing-masing sibuk..

Raya tahun ni kat KL jer. Raya ke 3 baru balik kampung

untuk berkumpul kami adik beradik dan

menziarah pusara mak & abah

Tema tahun ni purple

Pasal skema sangat ek amik gambar tu..hihihi
Njalok ngapuro sing akeh2 ya..
paham ke abang ayang ckp per..

Akak dapat duit raya..

Afik pon dapat la



Adik pon ada gak la..

Ibu jer tak dapat..sedih ni..

Friday, August 12, 2011

8 Ramadhan

Daging Goreng

Masakan ni senang, tapi menyelerakan

Tapi kena la pilih daging yang ok

kalu salah beli, liat la pulak kan

Masak campak-campak jer
Budak kecik pon pandai masak

7 Ramadhan

Masak kari kepala ikan

Kari ni fav. anak beranak

masak indian style, member kat opis yg ajar

xguna santan

Tenggelam lak kepaka ikan tu



Kari Kepala Ikan Jenahak


Bahan-bahan




  • 1 kg kepala ikan jenahak


  • 6 sudu besar kari ikan babas


  • 2 labu bawang besar - dimayang


  • 3 ulas bawang kecil - dimayang


  • 1 inci halia - dimayang


  • 1 peket kecil rempah campur


  • 1 biji tomato


  • Asam jawa


  • Bendi


  • Terung


  • Daun kari


  • Minyak masak untuk menumis


  • Garam

Cara-cara




  • Panaskan minyak dan tumiskan rempah campur, bila dah naik bau masukkan bahan-bahan yang dimayang dan daun kari.


  • Masukkan rempah kari dan tomato yang dibelah dulu, kalau nak pekat, lebihkan sikit serbuk kari tu. Tujuan letak tomato juga adalah untuk pekatkan kuah.


  • Bila dah pecah minyak, masukkan air sedikit. klau nak masukkan terung, masukkan sekarang.


  • Bila terung dah 3/4 masak, masukkan ikan dan bendi.


  • Last sekali masukkan air asam jawa & garam.


  • Selamat mencuba..



Thursday, August 11, 2011

6 Ramadhan

Saya sempat membuat bubur som-som

Dah lama tak buat

kali ni saya buat kaler hijau kerana saya blend skali daun pandan

Kalau betul2 sejuk, cantik jer potongannya

Buat pon dah agak lewat, jadi tak brape cun

tapi, rasanya tetap menten kat saya la

Resepi ni dari arwah mak



Bubur Som-som


Sumber : Niezaman


Bahan-bahan


1 cwn tepung beras


3 1/2 cwn santan


beberapa helai daun pandan


secubit garam


Cara-cara



  1. Bancuh tepung beras dengan santan & tapis

  2. Maukkan di dalam periuk

  3. Kacau sampai nampak berkilat, mcm kita buat puding jagung tu

  4. Boleh la tuang dlm bekas & tunggu betul2 sejuk. Klau nak cantik boleh bubuh dalam bekas yang kiut-kiut ya.

  5. Hidangkan bersama air gula merah ya.




Wednesday, August 10, 2011

5 Ramadhan

Buat Murtabak ni masa puasa hari ke 5

Pakai kulit popia je

Inti pakai lebihan inti karipap

dah dok bertapa dlam fridge tu
Murtabak posing..tp tak seksi pon kan..

4 Ramadhan

Sekarang ni bz jek

macam2 keje kena buat..

N3 ni pon dah basi

Puasa hari ke 4, sempat masak nasi lemak

Sambalnya
Telur mata..rebus-rebus tak main ar

Ayam goreng tepung rangup

permintaan anak-anak


Ni pinggan kita ya..makan sikit je

nak jaga badan la konon..wakaka