Monday, November 1, 2010

Hujung Minggu di Kampung

Hujung minggu, kami adik-beradik pakat balik
kampung ramai-ramai. Bukan apa, nak
buat perbincangan persiapan hari kenduri
bulan Disember nanti.
Bukan senang nak wat kenduri, banyak perkara
yang kena amik kira.
Alahai..bila mak dah tak de ni, manja2 dengan abang la pulak ya..
sian adik ku sorang ni..sabar la ya,
nanti de isteri leh manja2
Budak2 ni klau balik kampung je, mmg berharap
sanga hujan. kat sini je pon bagi main hujan
kat KL tak bleh ya nak..
Best tu..hujan lebat dok bawah tu..
rasa2 memang teringin.
sekarang time anak2 la pulak..mak2 tak yah la
Tengok je la aksi budak2 ni

Ni bersembang dengan adik-bradik

Anak buah yang paling muda, Hanim.
namapak tak.. de garis hijau kat bawah
mata..tu sebab jatuh katil. de ke, papa
dia kata mcm nike..sabor je la

Nasi Lemak

Sarapan Ujung Minggu
kena la berat sikit
sebenarnya malas nak masak banyak kali,
jadi terus la sampai tengah hari..pemalas tul la
orang ni..
Set nasi lemak ku, tp x brape cukup gak
ikan bilis goreng xde.
Ayam goreng berempah
Kangkong goreng, gantikan timun.
Kalau masak nasi lemak, memang suka telur mata
lagi2 yang lembik2 tu, tambah kicap ...hmm..sedap woo

Samabl tumis ikan bilis
Serunding kelapa versi jawa ya..kalau nk ikut
tak de kena mengena pon dengan nasi lemak tu
tapi sebab dah suka, belasah je la

Friday, October 29, 2010

Koew Tiau Kantonis

Sekali-sekali tukar selera pulak
Sebenarnya malas nak masak nasi,
Anak2 request nak koew tiau ni.
Senang & cepat..sedap lak tu
Jemput makan ya..kena makan panas-panas
kalau dah sejuk , tak best dah.

Thursday, October 28, 2010

Udang Paprik

Banyak sungguh menu tertangguh.
Banyak sangat keje, tak sempat nak upload.
Masak paprik ni ikut apa yg ada dlm peti ais tu
ikut versi sendiri
Kalau agak2 nak berkuah, bubuh la air sikit ya puan-puan

Resepi

300 gm udang - kopek buang kulit
1 labu bawang besar - Potong baji/mayang
1 batang serai - dititik
3-4 biji cili padi - ditiitik
3 helai daun limau purut
Jagung muda, lobak merah, bunga kobis & kacang panjang
2 sudu besar pes tomyam
Cili sos
Sos tiram
Kicap pekat
Minyak masak

Cara-cara

  • Panaskan minyak, tumiskan pes tomyam
  • Masukkan bawang besar & serai hingga naik bau
  • Masukkan udang, kacau sekejap.
  • Masukkan semua jenis sos, daun limau purut dan sayur-sayuran kegemaran
  • Boleh tambah garam & sedikit gula. Ikut citarasa masing-masing
  • Boleh juga bila dah angkat tu, perahkan sedikit limau. Beress..

Tuesday, October 26, 2010

Daging Goreng Kunyit

Ni antara lauk feberet kita org
simple tapi sedap & meyelerakan
resepi sume org dah tau..senang sangat2
Vesi ni, bila nak angkat tu, boh kicap manis tu sikit.
Suka boh bwg holand tu byk2 coz manis.
kebetulan ada lak lg cili hijau kelantan tu,
molek sungguh la..
kalau de budu lagi la laju..

Monday, October 25, 2010

Kerang Goreng Tomyam

Dah lama masak kerang ni, tp tak sempat2 nak
upload gambar kat sini
Masak main campak-campak je.
resepi mcm masak tomyam, cuma x air letak.
ok gak rasanya.

Thursday, October 21, 2010

Kitty In Action

Kitty ialah ahli terbaru keluarga kami,
Kitty diberi nama, sesuai la coz dia betina
Mmg jinak, amik dia masa kecik lg
So far xde byk masalah.
pandai bawa diri & time membuang tu
mesti p kat pasir dia.
Susah nak amik gambar dia betul2
Ko kenyit mata ya
Saje pasang loceng, senang nak tau dia kat mana
Jelingan manja Kitty.
Pas makan tidor. tu je keje dia
mana tak gebu.