Tuesday, July 20, 2010

Kuih Lapis Marble Kopi

semalam merajinkan diri buat kuih ni
kuih ni sedap & lembut je
agak2 lulus x lapisan saya tu ekk?
Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras - saya tambah 1 sudu lg
  • 2 s/b tepung kastad
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 s/k garam

Bahan B

  • 1 s/k coklat pes/emulco }
  • 1 s/k sebuk koko } Bancuhkan dan tapis
  • 1 s/b sebuk nescafe }
  • 1/4 cawan air suam }

Bahan C

  • 1/4 cawan air suam

Cara

  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Tambahkan bahan B dalam 1 adunan. Kacau rata.
  4. Biarkan warna asal dalam 1 bahagian adunan & campurkan bahan C. Kacau rata.
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yang akan digunakan.
  6. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit.
  8. Lapiskan adunan koko dan warna asal berselang seli sehingga adunan habis.

2 comments:

Teratak Amir Amira -{@ said...

Za, apasal kau rajin sangat... ada masa tu nak buat kueh bagai.. kenapa aku tak pandai macam kau. aku tahu karipap je, sampai anak aku complain. mama tu asyik2 kuih karipap je... tension kau... ajar aku Za

NiezaMan said...

Aku xde la rajin sgt..
kdg2 tu ikut mood gak..
aku pon blajar sendiri2 jek..
ko nak blajar wat kuih pe?
aku leh je ajar mana yg aku tau la..hehehe