Monday, July 19, 2010

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce

Salam sumer...n3 kali ni masak ari jumaat lepas..
mmg sedap sgt..rangup sgt2..x rugi masak ni..sebenarnya terliur
tgk org lain dah buat, jd kita pon buat gak la..
pada sape2 yg belum cuba, buat la..
Terima kasih pada Hana, Cik Mimi, Along roz..
Resepi asal dari Amy Beh..Tq sume
Bahan- Bahan
  • 250g ikan bilis kopek
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1tbsp minyak bijan
  • 4 batang cili kering - potong
  • 6 biji cili padi - ketuk - x letak
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 biji lemon - perah ambil jus - Lemon xde, ganti dgn limau nipis
  • 3tbsp madu
  • 2tbsp air - x letak
  • 2tbsp sos ikan
  • Kacang gajus panggang - Saya letak kacang tanah
  • Bijan - x letak
  • Daun Kari

Cara-cara

Basuh ikan bilis. Rendan sekejap dalam 10-15 minit. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel.

Campurkan dgn tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan

Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.

Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan madu. Kacau hingga agak pekat.

Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka.

Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.


No comments: