Wednesday, July 28, 2010

Wawan Gunting Rambut

Ni citer ari sabtu lepas
Bawa Wawan p gunting rambut kat APT
selalunya gunting sendiri, ni saje ngada nak p kedai
Suka gunting kat kedai, de a/cond, cuci rambut..
tu yg ye je pon
Tgk la muka budak masa tgh gunting rambutnya
Haaa...yg ni selepas guntibg..
siap boh gel lg
encem la tu kan..

Monday, July 26, 2010

Udang Goreng Tepung

Dah lama x buat udang celup tepung
skali2 buat mmg laju jek makannya
Cantik tak udang kita..kira jadi la kan..

Kuih Vadei

Hmm..dah lama xupdate blog ni..
bz memanjang..
n3 kali ni menu yg minggu lepas
kuih ni panggil vadei @ masalodeh ekk?
Saya buat pakai resepi yg simple jek..
nak bawak bekal bfast kat opis..
Bahan-bahan agak2 je ya

  • 250gm kacang dhal
  • 1 labu bawang besar - Belah 4 dan potong nipis
  • 5 tangkai cili kering - gunting nipis2
  • 3 tangkai daun kari
  • jintan - kalau suka
  • garam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Rendam kacang dhal - seeloknya semalaman
  • Blend kering kacang 2, kalau rajin tumbuk ler dengan lesung,
  • Gaul semua bahan dan tepek2 la kat tangan dan goreng hingga kekuningan
  • Angkat dan hidangkan

Thursday, July 22, 2010

Sambal Sotong & Ikan Tenggiri Goreng

Ni nak tayang menu dinner semalam
Cuma sempat msak sambal tumis sotong, ikan tenggiri goreng
dan sayur air kobis.
Nak cepat coz nak p boling lak. Amik gambar pon cepat2 jek.
Sayur air tu tak sempat nak amik gambornya.kes nak cepat.
Masak ni ni sume dlm masa 45 minit jek..
Sila jamu mata ya kwn2..
Sambal tumis sotong
Ikan tenggiri togel

Wednesday, July 21, 2010

Asam Pedas Ikan Jenahak

Masak lauk asam pedas mlm tadi..
dah lama x pekena..hmmm..sedap2..puji diri sendiri hehehe
saper2 yang teringin, sila la buat sendiri ya.
Bahan-bahan

  • 5 keping ikan Jenahak @ apa2 ikan pon boleh
  • 15 tangkai cili kering
  • 3 labu bawang besar
  • 3 labu bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan - kalau suka
  • Seikat daun kesom
  • Bunga kantan
  • Bendi
  • Asam jawa
  • Garam
  • Minyak untuk menumis

Cara

  • Blend cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup & belacan.
  • Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kena masak lama, kalau tak nanti tak sedap.
  • Bila dah naik minyak, masukkan air asam jawa
  • Masukkan ikan dan bendi.
  • Bubuh garam.
  • Biarkan memdidih, bila dah msak boleh la diangkat dan makan lerr..

Tuesday, July 20, 2010

Kuih Lapis Marble Kopi

semalam merajinkan diri buat kuih ni
kuih ni sedap & lembut je
agak2 lulus x lapisan saya tu ekk?
Bahan A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras - saya tambah 1 sudu lg
  • 2 s/b tepung kastad
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 s/k garam

Bahan B

  • 1 s/k coklat pes/emulco }
  • 1 s/k sebuk koko } Bancuhkan dan tapis
  • 1 s/b sebuk nescafe }
  • 1/4 cawan air suam }

Bahan C

  • 1/4 cawan air suam

Cara

  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Tambahkan bahan B dalam 1 adunan. Kacau rata.
  4. Biarkan warna asal dalam 1 bahagian adunan & campurkan bahan C. Kacau rata.
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yang akan digunakan.
  6. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit.
  8. Lapiskan adunan koko dan warna asal berselang seli sehingga adunan habis.

Monday, July 19, 2010

Lunch Ikan Bakar @ Keramat

Ari sabtu lepas Hubby ajal lunch kat Keramat
Makan ikan bakar..sedap wei..klau lepas makan tu
cuba cium tangan...punya la kuat baunya.Pada saper yang teringin..
p la kat sana ye
Ikan kembong tu aku punya
Ikan pari hubby nya..anak2 amik ikan keli..
Mengancam tak??
Ni nasi aku..sambil suap si kecik tu..ngada2 lak nak suruh suap..
mentang2 la dia yg koret..manja lebih la.

Crispy Anchovies in Honey Lemon Sauce

Salam sumer...n3 kali ni masak ari jumaat lepas..
mmg sedap sgt..rangup sgt2..x rugi masak ni..sebenarnya terliur
tgk org lain dah buat, jd kita pon buat gak la..
pada sape2 yg belum cuba, buat la..
Terima kasih pada Hana, Cik Mimi, Along roz..
Resepi asal dari Amy Beh..Tq sume
Bahan- Bahan
  • 250g ikan bilis kopek
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1tbsp minyak bijan
  • 4 batang cili kering - potong
  • 6 biji cili padi - ketuk - x letak
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 biji lemon - perah ambil jus - Lemon xde, ganti dgn limau nipis
  • 3tbsp madu
  • 2tbsp air - x letak
  • 2tbsp sos ikan
  • Kacang gajus panggang - Saya letak kacang tanah
  • Bijan - x letak
  • Daun Kari

Cara-cara

Basuh ikan bilis. Rendan sekejap dalam 10-15 minit. Toskan kemudian lap dengan kitchen towel.

Campurkan dgn tepung. Gaul. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan

Dalam kuali lain, panaskan minyak bijan. Goreng cili kering, bawang, cili padi dan daun kari sekejap.

Masukkan jus lemon, sos ikan, air dan madu. Kacau hingga agak pekat.

Masukkan ikan bilis, kekacang serta taburkan bijan jika suka.

Gaul rata dan sebati. Angkat dan hidangkan.


Friday, July 16, 2010

Pulut Kuning & Kuih Kasui

Salam jumaat sume..
N3 ari ni lambat sket.
Kuih kasui & pulut kuning ni tempahan dari
kawan kat opis ni sempena dia dapat cemerlang.
Aku masak pulut je, rendang malas la pulak
Antara menu yg lain laksam, laksa penang..
gambar x sempat nak amik..depa dah makan
Kuih kasui ni resepi dari Chef Kak Liza
YAng ni lak kuih kasui versi perisa pandan..
masa kukus tu wangi jek
YAng ni lak pulut kuning, sebanyak 70 biji

Wednesday, July 14, 2010

Pullman Putrajaya Lakeside

N3 kali ni saje nk masukkan gambar Pullman Lakeside
cantik gak gambar tasik Putrajaya ni
Teringin la nk naik bot kat tasik tu..
lain kali kot..


Tuesday, July 13, 2010

Pulut Kuning & Daging Masak Hitam

Salam sumer..
Ari ni msak lagi pulut & daging hitam cara ku la
Buat ni atas permintaan anak2..nk bawa bekal p skolah
alang2 buat..kita pon bawa gak bekal p opis..
so, ari ni kita bekpes yg berat sket..
Resepi ada pada entri sebelum ni..

Monday, July 12, 2010

Stimboat @ Rumah Rehat Temerloh

Weekend baru ni, saya balik kampung..
Mlm minggu tu kami mkn stimboat kat Rumah Rehat Temerloh
Ok sgt2..sedap..anak2 pon suka..
Harga pon ok la..xder la mahal sgt..
Pas makan stimboat ni..tapau lak nasi lemak
sedap woo..tambah lemak kat badan..hehehe
Adik ipar ku dengan anak2 nya..mujur dak kecik tu ok je sepanjang
kami makan...bagus2
Adik2 ku..
Budak 2 org ni xyah kenal kan lg


Ni dah start boh makanan dalam pot tu..sumer x sabar nk mkn
Kalau nk ikut leh jek wat kat umah..tp saje nk kuar dgn adik2

Tuesday, July 6, 2010

Wedding @ Tasik Titiwangsa

Pada ari Ahad lepas 4/7/2010 saya & family mendapat jemputan
menghadiri jemputan Kahwin kat TAsik Titiwangsa..
sempena perkahwinan anaknya seorang penerjun papan anjal negara.
Tq pada Kak Sham sebab menjemput kami sekeluarga
dah lama sungguh x datang sini..byk yg dah berubah & teringat
masa zaman-zaman muda remaja dulu..kikiki
Ni gambar2 masa nak balik dah..dah kenyang pon.
3 org anak2 ku...susun jgn x susun
Ni anak ke adik..jgn perasan muda lg la..bak kata org jawa..uwes tuwek..
maknanya dah tua la..tp aku rasa mcm muda jek..
ada lak tapai bungkus dengan daun getah..perghh..sedap ko..
jgn ngences udah la ya..

Cenderahati bg tetamu..lupa lak nak amik gambarnya..
dlm tu cwn ala2 vintage..betul ke eja ni..blasah je la..

Monday, July 5, 2010

Pulut dan Daging Hitam

N3 kali ni...pulut dan daging masak hitam..
dah lama x buat sarapan mcm ni..
sealunya anak2 x brape suka..tapi kali ni
habis la pulak..x cukup
nampak gayanya kena buat lg lain kali
Resepi Daging Hitam

1kg daging
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1/2 kg santan
1 botol kecik kicap manis
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih
Sedikit myk utk menumis

Cara-cara

1. Rebus daging sampai empuk, angkat & potong nipis2..air rebusan jgn buang
2. Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas & cili kering
3. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, bila dah naik bau masukkan bahan yg telah di kisar
4. Masukkan serai yg telah diketuk
5. Bila dah pecah minyak, masukkan air rebusan daging dan santan.
6. Masukkan daging, bila dah pekat sedikit, masukkan kicap
7. Masak hingga pekat..

Nota : Tak perlu tambah garam kerana kicap dah masin