Wednesday, June 30, 2010

Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus

Kuih Gula Hangus
Sumber : Mama Sofwat

Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1/2 cawan mentega ~ dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung naik sendiri

Cara-caranya

1. Masak gula di atas api perlahan hingga hangus, bairkan suam sikit
2. Blender telur, susu & mentega cair lebih kurang 4/5 minit
3. Kemudian masukkan gula karamel tadi bersama soda. Kisar sekejap
4. Masukkan tepung naik sendiri, sedikit demi sedikit, kacau biar sebati
5. Sapukan loyang dengan minyak - saya gunakan acuan puteri ayu
6. Kukus selama 45 minit @ hingga masak - saya kukus 20 minit jek

Tuesday, June 29, 2010

Puding Roti

Buat puding ni sebab kwn2 opis oder..
tp tang belangnya x brape cantik la..
tp apa pon, kwn2 ckp rsa ok..sedap.
puding ni rasanya dari Hana kat Jepon tu
Gambar dah potong xde la cox org punya..
Puding Roti

Bahan-bahan

1 paket agar2 (25gm cap layang-layang)
Air ikut sukatan kat plastik tu
Gula ikut manis - saya tambah gula batu
Susu cair - 1 tin
Roti - 8 keping roti gardenia
Telur - 1 biji
Esen Vanilla

Cara

1. Blend roti, telur & susu + esen vanilla - sampai halus
2. Agar2 rendam dulu, samak sampai hancur dan tapis..masuk semula dlm periuk
3. Masukkan gula & rasakan manisnya
4. Masukkan adunan roti & susu tadi. Kacau kejap dgn api perlahan
5. Bahagikan 3 warna ( Hijau, merah , coklat) - cuma buat merah coklat & warna asal
6. Masukkan dlm bekas/loyang dan corakkan ikut kreativiti masaing-masing
7. Sejukkan dahulu kemudian boleh masukkan dalam peti sejuk
8. Bila dah keras boleh la di potong & hidangkan...nyaman...

Monday, June 28, 2010

Mihun Goreng + Telur Mata

Salam ari isnin..
ari ni cuma nk tayang sarapan yg dimasak pagi ni.
Mihun goreng simple + telur mata
Ni la bekal aku pagi ni..

Friday, June 25, 2010

Sambal Telur

Sambal telur ni dah lama masaknya..buat ni pon sebab
dpat telur dr umah pengantin
rasanya sume tau kot cmana nk masak sambal telur ni

Thursday, June 24, 2010

Seminar di Pullman Lakeside Putrajaya

Semalam, 23/6/2010 aku ke Pullman Putrajaya Lakeside
kerana menghadiri seminar di sana..nampak mcm grand hotel ni,
tapi bagi aku ok je la..
Presenter tu org France..mak aii...
susah tul nk faham pe yg dia ckp.sabor jer la
Bila boring melanda ni la yg aku buat..amik gambar..
ni la kad undangan ke seminar tu
Sebelum seminar start, amik la gambar dlu..

Hiasan kat coffee house..mcm2 huruf de..kat sini cuma warna merah & putih
Desert yg aku amik, apple crumble, kek tu x sedap..msam coklatnya
aku x amik nasi pon, amik lauk2 je - mls nk amik gambarnya
kesimpulannya makanan kt cni so-so je la
Aku rasa nk dtg sini bwa anak2, nk bwa naik bot tu..

Tower clock kat tgh2 hotel tu..

Monday, June 21, 2010

Kuih Seri Muka versi Gula Merah

Semalam berkesempatan membuat kuih serimuka ni..
tapi, disebabkan pewarna hijau dah abis,
jadi saya gantikan dengan gula merah
resepi ni kakak yg ajar.
Kuih Seri Muka


Bahan-bahan

2 cawan pulut - rendam 2 jam
santan cair separas dgn pulut td
sedilit garam

Kukus pulut td sampai masak & bila dah masak tekan pulut
tersebut untuk padatkannya



Bahan Atasnya

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cwn gula merah/gula kerek
1/2 cwn gula pasir
2 biji telur
4 cawan santan pekat
sedikit garam


Bancuh sumer bahan di atas, kalau nak senang blend jer
Tapis dan tuang atas pulut tadi..
Kukus la dalam 45 minit lg
Sejukkan dahulu baru potong & hidangkan

Alas Kaki

Hasil keras tangan..wakaka..
Ni sebenarnya mood rajin dtg..tgk lak kain2 perca lama ada
so terjadi lah alas kaki ni..
walau pon x kemas, jd la kan..

Friday, June 18, 2010

Demam Toy Story

Gambar2 ni diambil ari jumaat yg lepas..
maklum la skang ni kan tgh demam Toy Story
jd..kt Mid Valley pon ada gak
so, amik kesempatan bwa ank2 ke sini dan x lepaskan peluang utk bergambar
Pengacara..Azura kalau x silap namanya
Afiq & Wawan dengan Woody & Buzz...Akak dia malu xnk naik

Thursday, June 17, 2010

Aku Ada Pasangan Hidup Sendiri....

Sajer nak berkongsi email yang dapat dari sorang kawan..
sekadar renungan utk kita bersama...

Bila seronok, aku cari ...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada...Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...Mak
Bila bahagia, aku peluk erat...Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...Mak
Bila sambut valentine..Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu..Mak ingat kat aku
Bila-bila...aku talipon pasanganku
Entah bila...aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan :

"Kalau kau sedah habis belajar dan bekerja....
bolehkah kau kirim wang utk Mak?
Mak bukan nak banyak..lima puluh ringgit sebulan cukuplah"

Berderai air mata jika kita mendengarnya.?.?.?.?.?.?.?

Tapi kalau Mak sudah tiada.....
MAKKKK....RINDU MAK...RINDU SANGAT-SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
Berapa ramai yang sanggup memcuci muntah ibunya...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya....
Berapa ramai yang sanggup...membersihkan najis ibunya
Berapa ramai yang sanggup...membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...

Dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...

SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA..

Wednesday, June 16, 2010

Trip Ke Kedah

Gambar ni di ambil sebelum kami pergi acara
meminang..
So far sume berjalan lancar..
Majlis kenduri may b akan diadakan pd bulan Disember nanti..
Aku dengan wawan & sofea - anak susuan ku
12/6/2010 kebetulan lak birthday anak abang yg sulung..Cempaka
Hepi birthday 2 u
Aku dgn kakak sulung ku yg comel..

Xyah panggil org lain pon xpe..anak2 dara dah ramai
sorang 1 bwa barang hantaran
Antara hantaran dari pihak kami
Aku sarungkan cincin utk merisik
Kakak sarungkan cincin bertunang
Aku dgn bakal adik ipar ku..
Hantaran balasan dr pihak perempuan


Kak E & anak2

Mak Cu & ank2 buah
Hidangan tengah hari utk kami..sedap wooo

Adik & tunangny..hehehe..malu2 lak
Gambar penutup utk n2 ni...

Trip ke Kedah

Hari ke 2 kat Jitra..pagi tu kami bersarapan kt depan
taman yg kami sewa umahiaitu kat Taman Siswa UUM

Nak gak bergambar kt depan tu
Sarapan kat sini murah gila
nasi lemak 60sen, roti canai pon 60 sen
de lak pulut mkn dgn ikan masin..sedap2
Roti canai ni mabeless..licin sume


Alhamdulillah kenyang dah sumer..

Trip ke Kedah

Selamat bersiaran kembali setelah sekian lama bercuti..
ari ni baru masuk keje & baru berkesempatan
untuk update blog ni...
Kami ke Jitra Kedah pada 11/6/2010..

Pit pertama...berenti kat R & R Tapah..
Isi minyak & isi perut dlu..jauh lg perjalanan

Petang tu kami bertolak ke Kuala Perlis utk dinner
Best sgt bila nampak sawah2 padi..
Dah sampai ke Kuala Perlis..
Tgh tunggu makanan yg dipesan
ABC ku.. best..best

Antara lauk yg diorder..kailan ikan masin
Tomyam campur, ikan jenahak sweet sour & pari bakar
Ni anak saper ntah...dok ujung2...hehehe
p/s : berita ari kedua akan menyusul..

Wednesday, June 9, 2010

Pengumuman

Salam sumer..
Nak update blog ni pon x sempat..
kesibukan melanda..
Untuk pengetahuan sume..saya akan bercuti dari 11-14 Jun
Ini adalah kerana saya akan ke Kedah, sempena adik ku yg bongsu nk bertunang
Disebabkan kami ni yatim piatu..
jadi kami akan p adik beradik ke Jitra pada hari jumaat ni..
Majlis akan berlangsung pd ari Sabtu..
Pas tu leh ar p Bukit Kayu Hitam lak...
Gambar..pinjam pakcik google

Monday, June 7, 2010

Baju Kurung

Semalam angin rajin datang..
so..siap la aku menjahit 2 helai baju kurung
kalau nk ikut, bukan lama pon nk wat baju kurung ni..
cuma malas jer..
inilah hasil jahitan aku semalam...
Agak2 ok x..maklum la tailor xbertauliah..
Tapi utk pakai sendiri ok la kot...