Monday, October 18, 2010

Ayam Goreng Cili Api

Menu hari sabtu lepas.
Ni antara feberet anak2.
Masak pon senang je.
resepi ni, arwah mak yang ajar

bahan- bahan

1/2 kilo ayam - potong ikut suka
15 biji cili api
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 keping asam keping
gula & garam

Cara-cara
1. Gaul ayam dengan garam & kunyit dan goreng
2. Cili api, bawang merah dan bawang putih ditumbuk @ kalau malas blend jek
3. Kurangkan sedikit minyak tadi, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga pecah
minyak.
4. Masukkan sedikit air, garam, gula & asam keping.
5. Bila dah agak2 pekat sikit masukkan ayam.
6. Jika suka boleh tambah sayur @ bawang besar yang dipotong bulat.

4 comments:

izahdaut said...

mmg sedap nih...simple je ayam goreng cam ni..woo mesti anak2 makan pedas nih..

NiezaMan said...

sdap..mmg sedap. boleh juga gantikan dengan ikan kalau xnk ayam.
buat tak de la pedas sgt..de rasa manis2 sikit

kak ida said...

salam,

akak nak cubalah resepi ni.nampak sedap

kak ida said...

salam,

anak2 tentu suka