Thursday, October 27, 2011

Stimbot @ MAEPS

Lately ni hujan tiap-tiap hari


SO, masa cuti Deepavali, kami mengambil kesempatan


untuk memanaskan badan dengan


berstimbot..Pernah makan kat sini dah


So far ok la dengan harganya dewasa RM21.10


Makan la sepuas-puas hati ya


Mula-mula, kasi panas sup dulu
Tengok dulu pe nk pilih

Antara pilihan yang ada..tak larat nak makan..


Ruangan sayur-sayuran


Air


Anak-anak layan ABC dulu, pas tu eskrim lak



Sejuk-sejuk pon mkn eskrim gak


Jemputla makan ya..kalau x cukup amik lagi



Kontrol cun la tu ekk

Tuesday, October 18, 2011

Kuih Kole Kacang

Saya sempat memnuat kuih kole kacang

Oder ni dtg dari opis

Saya suka makan kuih ni, tapi anak2 x suka

masa tengah masak, leh ckp busuk, mcm2 budak2 ni

Orang lama-lama mmg suka kuih ni

Cuma yg org mlas nak buat kuih ni sebab malas nak buat tahi minyak

Resepi, arwah mak yang jar dulu


Kole kacang yang sudah ditabur dgn tahi minyak
Ready to deliver..


Kuih Kole Kacang
1 biji kelapa - amik yang pekat sahaja
Masak dengan api perlahan untuk buat tahi minyak



1 cawan tepung kacang hijau
3/4 cawan gula merah
1 cawan air - untuk masak dengan gula merah
1/2 cawan gula - kalau suka manis sila tambah ya
2 cawan santan
sedikit garam
Daun pandan - simpul

Caranya

Masakan gula merah dengan air, agak-agak hancur tutup api dan tapis
Satukan tepung dan santan, kacau sampai larut
Masukkan gula merah, gula pasir, garam dan santan dan masak di atas api sederhana.
Kacau selalu agar tidak bergentel dan pekat.
Adunan tadi bolehla dituang di dalam loyang @ bekas. Letakkan tahi minyak di atas kuih tadi. Ada setengah org tunggu sejuk baru letak. tapi saya suka letak masa panas.
Sejukkan dulu, baru lah dipotong.

Selamat Mencuba