Friday, January 28, 2011

My Love Birthday

Today is My dear hubby birthday
Ayang doakan moga abag dipanjangkan
umur, dimurahkan rezeki
dan jodoh kita berpanjangan hingga
akhir hayat.
Insyaallah

Hepi Birthday Abang..


Time can change the way we love
our dreams,
the plans we start
But it can't change
the LOVE 4 U
That's always in my heart

Thursday, January 27, 2011

Pajeri Terung

Masak pajeri terung semalam
ni antara lauk peberet
Masak pon bukannya susah
Kalau tak nak terung, nenas pon boleh
Pajeri terung
sumber : sendiri
  • 6 biji terung panjang yang saiz kecil
  • 1 cawan santan pekat + 1 cawan air
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 biji bawang merah - hiris
  • 2 biji bawang putih - hiris
  • 1/2 inci halia
  • kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
  • gula melaka + gula pasair
  • garam
  • minyak untuk menumis

Cara- cara

  • Panaskan minyak, tumis kayu manis, buah pelaga & bunga lawang, bila dah naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia
  • Bila dah agak garing masukkan rempah kari sampai naik minyak
  • Masukkan santan dan air. Masukkan juga gula & garam.
  • Bila sudah agak pekat, masukkan terung yang sudah dibelah pada bahagian tengah
  • Masak terung sampai lembut. Sesepas itu barulah masukkan kerisik & udang kering.
  • Rasakan manis dan masin dan boleh la dihidangkan bersama nasi putih.

Tuesday, January 25, 2011

Nisha turn 15 Today

Salam Semua...Ari ni birthday anakanda yang sulong
Nisha dilahirkan di PPUM dulu2 panggil UH
25/1/1996 jam 6.30ptg bersamaan 4 Ramadhan
jenuh aku ganti posa 1 bulan
Layan je la gambar2 dia
Ni masa dumur dia 8 bulan
Gambar ni lak masa umur dia 10tahun

Yang ni gambar terbaru dia
Dah besor anak dara aku ni..
Gambar tahun lepas masa p Sabah
Sekarang dah sama tinggi dengan ibu dia.

Monday, January 24, 2011

Kway Teow Goreng

Ari ni sarapan kway teow goreng
Masak campak-campak je pe yang ada
Masak untuk anak2
Bawa bekal sket untuk makan kat opis
Bungkus dengan daun pisang je.
Ada saper2 nak?

Friday, January 21, 2011

Ayam masak Ungkep

Kali ni masak citarasa jawa lak ek
masak ni mmg senang sangat
sebenarnya dah tak tau nak amsak pe
tu yang masak ni
Resepi ni dari arwah mak.
Sopo sing arek..merena la
(Sape yang nak..datang la sini)
Dah macam kelas bahasa jawa la pulak
Bahan-bahan..sukatan agak2 je
1/2 ekor ayam - potong ikut 8
5 bji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 s/t ketumbar
1 s/t jintan manis
1 keping asam keping
cili padi kalau suka
Garam
Cara-cara
  • Tumbuk /blend bawang merah, bawang putih, halia, jintan, ketumbar & cili
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang sudah diblend tadi
  • Bila dah naik bau, masukkan ayam, garam dan asam keping. Boleh tambah air dan masak hingga kepekatan yang dikehendaki.
  • Sedap dimakan dengan nasi panas

Monday, January 17, 2011

Pelik Tapi Benar

Tajuk macam gempak
tapi tak de la gempak sangat pon
Samalam, masa kami somi-isteri tengah
membersihkan kebun sekangkang kera kami tu
tiba, bila aku tengok kat pokok pisang ni mcm pelik sket
Cuba tengok betul-betul
Jantung pisang tu keluar dari batang pisang tu
Tak de la pulak tandannya
Pelik kan..

Nasi Paprik

Ni masak masa ari sabtu ari tu
ari malas sedunia.
tapi perut lapar, kena masak gak
tanya org2 kat umah ni , derang cakap
masak je apa2 pon. tu yang malas nak tanya,
mesti tak de jawapan.
Tengok la tu.. cuma nasi putih, telur mata & paprik campur je
tapi , alhamdulillah, kenyang.
Lain kali nak wat nasi goreng paprik la pulak.

Friday, January 14, 2011

Kari Kepala Ikan

Bestnya ari ni jumaat, sok ari sabtu..cuti beb
Cuti kerja je, kerja-kerja umah tetap menanti
dengan banyaknya. tak pernah abis. Sabor je la.
Aku suka sangat makan kari..kali ni masak kari
kepala ikan merah style mamak
kawan berbangsa india yang ajar
mmg pekat & melekat
kira xpakai santan la. tapi mmg sedap
Letak sayur bendi je, tak boh terung pon
Kawan2 yang lain tak sempat posing
anak2 dah sibuk nak makan.

Thursday, January 13, 2011

Lontong

Lontong ni masak ari ahad epas untuk bekpes
anak2 mmg suka makan lontong
sekali2 boleh, banyak2 kali tak leh ar
nanti lagi banyak lemak bertapa dalam badan

Lontong lagi sedap kalau ada kuah kacang,
tapi sambal tumis pon ok.
tambah lak sambal kelapa..
mmg mabeles..

Wednesday, January 12, 2011

Karipap

Buat karipap ni ari ahad lepas
buat banyak2 & frozenkan
kalau rasa nak makan karipap,
senang je, amik dr freezer & terus goreng
Kali ni buat inti keledek
Buat comel-comel..meh la saper nak beli..3-$1.oo
hehehe..main2 jek

Tuesday, January 11, 2011

Kursus - Dynasty Hotel

Ni antara gambar-gambar masa p kursus
Syarat-syarat kontrak reka & bina di
Dynasty Hotel.
Kursus ni sangat2 sangat bagus
memang tak rugi pada sape-sape yang pegi
penceramah pon best..
Makan kat sini so-so je..
tak sedap sangat..rasa blend je

Dengan kembar ku..ramai yang ckp
aku berdua kembar..walaupon lain mak ayah
tapi mmg kawan baik pon


Ni dok dengan geng2 elektrik..
tengok gambar ni, mcm kecik sket la..
ha3..pasal dok jauh mmg la mcm tu..

Friday, January 7, 2011

Pajeri Nenas, Ikan Masin Sepat & Daging Goreng

Dah lama rasanya tak masukkan gambar2 masakan
tak sempat nak amik gambar pon
Masak ni hari rabu lepas
Masak simple & cepat-cepat sebab nak p bowling
tiap hari rabu malam memang ada liga
tu yg masak cepat2, janji sedap.
Pajeri nenas..mmg feberet

Gandingan pajeri ialah ikan masin ni..
ada saper2 terliur ke?

Daging goreng yg sangat senang nak masaknya.
Sekian dulu ya..nanti kita buat menu lain lak ekk

Wednesday, January 5, 2011

Sukan Kerja Raya 2010 - Kuantan

Ni antara n3 yang baru nak masukkan
Aku terpilih untuk mewakili Kementerian
ke sukan kerjaq raya di Kuantan dalam acara boling ar pe lagi kan
Acara ni sebelum kenduri adik kat kampung ari tu
sebelum games, sempat p Teluk Cempedak, lunch kat situ
games kat Mega Mall


Anak2 kat Teluk Cempedak

Bersiap b4 games bermula
sebanyak 20 teams yang amik bahagian
Team KKR

Alhamdulillah kami berjaya mendapat emas mengalahkan
team PLUS yang tak pernah kalah sebelum ni



Acara penutup berlangsung di Stadium Darul Makmur
Aku terpilih sebagai olahragawati..
aku mcm tak caya jek
tap, percaya lah kwn2 ya..gambar kat atas tu aku amik hadiah
dari Menteri Kerja Raya, Datuk Shahziman
disebabkan En. Husband dok kat belakang,
jadi gambar belakang aku gak la yg dpt..hehehe

Menteri tengah berucap
Gambar beramai-ramai selepas penutup..
insyaallah tahun 2012 nanti Terengganu tuan rumah


Tuesday, January 4, 2011

Wawan turns 8 already

Muhammad Syazwan Aiman nama diberi
panggilan manja wawan @ adik wat masa ni la
pada 2/1/2011 dia dah berumur 8 tahun
besar dah anak ibu ni
dah masuk darjah 2 pon
so, ni la antara gambar2 wawan
ramai yang ckp muka dia ala2 chinese look
kalau aku yang bawa dia, sure orang tanya, anak u ke
penat aku membawa perut..tak kan la bawa anak
orang lain kan
tapi, apa pon, ibu sayang sangat2 adik..
Gambar ni masa dia berumur 9 bulan





Ibu doakan agar adik jadi anak yang berguna ye..