Mlm tadi buat brownies atas permintaan anak utk di bawa ke sekolah
sempena hari guru...mmg mudah sgt nk buat brownies ni..
saya x boh ganace..just tabur gula icing & gula heart shape
brownies ni bkn aje senang nk wat, tp mmg mabeles sgt2..
kalau ada org oder pon , saya akan buat ikut rersepi kak mas ni..
My Chewy Goowy Yummy Brownies
Sumber : Kak Mas
250g butter - potong kecik
400g chocolate - potong kecik
6 eggs
340g brown sugar
2tsp esen vanilla
20g chocolate emulco
80g tepung gandum
60g cocoa powder
140g kacang walnut/pecan/almond (optional) - toastkan
cara-cara
1. Panaskan oven suhu 160C. Sediakan dan alas tray 11 x 11.
2. Double boil butter & chocolate hingga cair, ketepikan biar suam sikit
3. Masukkan telur, gula, esen & coklat emulco dlm 1 mangkuk, guna hand whisk, kacau sampai
gula cair.
4. Tuang adunan butter & coklat tadi ke dalam mangkuk dan gaul rata.
5. Ayak tepung gandum & cocoa powder, jika masukkan kacang, masukkan & gaul.
Tuang tepung de dlm mangkuk di atas, gaul hingga rata. Jgn gaul terlalu lama
6. Tuang ke dalam tray & bakar 160C/50 minit- 1 jam (bergantung pd oven)
7. Bila masak, biarkan dlm tray hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimkn begitu sahaja @ bubuh ganache @ dgn icecream @ soso kastad