Friday, April 13, 2012

~ HePy BiRthDaY 2 Me ~

As salam semua

Ari ni birthday sya

semoga bila bertambahnya usia

akan menjadikan saya lebih matang dalam

apa jua yg mendatang

Insyaallah.



Aawww...


Wellcome 2 d 4 siries club..hehehe

Wednesday, February 22, 2012

Mangkuk Tingkat

Apa nak jd la dengan aku ni

blog pon dah naik bersawang

ari ni merajinkan diri gak.masukkan n3

yang simple2 dulu ya


Ni mangkuk tingkat fesyen dulu2

tapi bru beli. agak mahal jugak

tapi benda2 mcm ni kan susah nak dapat skang

bila jumpa tu, beli jer la

Perasmian mangkuk tingkat baru

Adik bawa bekal p keje

masakkan nasi lemak hijau, ayam goreng, telur dadar

dan sambal tumis.

Siap alas dengan daun pisang ya



Friday, January 27, 2012

January Birthday's

Bulan January ni mmg bulan birthday

untuk family saya

Jadi sya masukkan 1 n3 jer la

Moga2 birthday kali ini akan beroleh kebahagiaan

dunia & akhirat


Mula-mula pada 2nd January

birthday Wawan yg ke 9..


25 January birthday Nisha yg ke 16




28 January birthday my laling yang ke...

syhhh..xper..brape umur abang pon, abang tetap kt hati ayang

hehehe..jiwang la plak

Monday, December 5, 2011

Syafiq Turn 13

As salam semua..

Ari ni just nak update n3 yg patutnya ari tu dah masukkan

Udah bz kan..sebab tu lambat,

n3 kali ialah my son Syafiq turn 13 pada 3 Disember.

dah besor anak ibu ni ya

Ibu doakan moga Afiq jd anak berjaya & tak lupa pada ibu & ayah ya..

Ni la budak birthday tu

Bawa anak2 jalan-jalan p MV
mcm la xde tempat lain kan..kt area opis gak




Hiasan xmas dah bermula

saje la nk amik gambar kt cni


Cantik hiasan ni



Slurrpp...sedapnya ya dik


Birthday boy nk makan pizza

so, layan jer la




Yang budak ni mmg suka wat aksi2 ngada-ngada..he3

Friday, November 25, 2011

MAKSAK Boling

Pada 17-20 Nov 2011. Saya menyertai MAKSAK Boling
di Ampang Superbowl di Falingo. Taun ni KL tuan umah
so tak p jauh la.

4sum team bersama Yana, Puan Zuridah & Puan Yasmin
Bersama kawan-kawan boling

Semangat tul derang ni
Go..KL..Go KL

Thursday, October 27, 2011

Stimbot @ MAEPS

Lately ni hujan tiap-tiap hari


SO, masa cuti Deepavali, kami mengambil kesempatan


untuk memanaskan badan dengan


berstimbot..Pernah makan kat sini dah


So far ok la dengan harganya dewasa RM21.10


Makan la sepuas-puas hati ya


Mula-mula, kasi panas sup dulu
Tengok dulu pe nk pilih

Antara pilihan yang ada..tak larat nak makan..


Ruangan sayur-sayuran


Air


Anak-anak layan ABC dulu, pas tu eskrim lak



Sejuk-sejuk pon mkn eskrim gak


Jemputla makan ya..kalau x cukup amik lagi



Kontrol cun la tu ekk

Tuesday, October 18, 2011

Kuih Kole Kacang

Saya sempat memnuat kuih kole kacang

Oder ni dtg dari opis

Saya suka makan kuih ni, tapi anak2 x suka

masa tengah masak, leh ckp busuk, mcm2 budak2 ni

Orang lama-lama mmg suka kuih ni

Cuma yg org mlas nak buat kuih ni sebab malas nak buat tahi minyak

Resepi, arwah mak yang jar dulu


Kole kacang yang sudah ditabur dgn tahi minyak
Ready to deliver..


Kuih Kole Kacang
1 biji kelapa - amik yang pekat sahaja
Masak dengan api perlahan untuk buat tahi minyak



1 cawan tepung kacang hijau
3/4 cawan gula merah
1 cawan air - untuk masak dengan gula merah
1/2 cawan gula - kalau suka manis sila tambah ya
2 cawan santan
sedikit garam
Daun pandan - simpul

Caranya

Masakan gula merah dengan air, agak-agak hancur tutup api dan tapis
Satukan tepung dan santan, kacau sampai larut
Masukkan gula merah, gula pasir, garam dan santan dan masak di atas api sederhana.
Kacau selalu agar tidak bergentel dan pekat.
Adunan tadi bolehla dituang di dalam loyang @ bekas. Letakkan tahi minyak di atas kuih tadi. Ada setengah org tunggu sejuk baru letak. tapi saya suka letak masa panas.
Sejukkan dulu, baru lah dipotong.

Selamat Mencuba