Thursday, December 13, 2007
Friday, November 23, 2007
Monday, November 19, 2007
Wednesday, October 24, 2007
Friday, October 19, 2007
Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan:
Bahan untuk dikisar:
30 gm cili kering
30 gm halia
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 biji bawang besar (dipotong kasar)
150 gm tomato puree
3 biji buah pelaga
Secukupnya minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
1 ekor ayam dipotong 10 bahagian dan digoreng setengah masak
Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Setelah itu masukkan tomato puree, buah pelaga dan bawang besar. Tumis hingga naik minyak. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air. Setelah itu masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. Apabila telah kering, jika suka taburkan dengan kacang peas dan bawang goreng sebelum menghidang
Dendeng Berlada
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk perap:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2.5 cm halia
600 gm daging, dihiris nipis
2 cawan minyak masak
Bahan-bahan untuk menumis:
½ cawan minyak masak
2 biji bawang besar, dicincang halus
6 ulas bawang putih, dicincang halus
12 biji cili merah, ditumbuk halus
2 camca teh gula
Sedikit garam
3 helai daun limau purut
3 camca besar air asam jawa
Cara:
Tumbuk halus bawang besar, bawang putih dan halia. Gaulkan dengan daging dan perap sejam. Panaskan minyak, goreng daging sampai garing. Angkat dan sejatkan. Panaskan minyak di dalam kuali berasingan. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili, gula, garam, daun limau purut dan air asam jawa. Kacau dan biarkan tumisan terbit minyak dan garing. Masukkan daging goreng, gaul rata dan masak menggunakan api kecil (mengelakkan tumisan hangus). Setelah mesra, angkat dan bolehlah dihidang.
Biskut Coklat Cips Rangup
(Sumber : Kak Liza)
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung biskut ]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Biskut Almond Sweeties
(Sumber : Kak Liza)
Bahan[/b]
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]
hiasan
paper cup
coklat putih - jika suka
coklat masakan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]
hiasan
paper cup
coklat putih - jika suka
coklat masakan
manik hiasan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil @ bulat2 dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betui baru masukkan dalam bekas kedap udara

Subscribe to:
Posts (Atom)